ye, pengalaman banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. kehidupan itu susah. kehidupan itu penuh dengan dugaan. kehidupan itu juga penuh dengan kepahitan. tetapi, di sebalik itu semua pasti ada kebahagiaan di penghujungnya.
setiap kejadian yang berlaku di dalam hidup saya sama ada pahit atau manis semuanya saya jadikan panduan untuk meniti hari hari yang mendatang. terlalu banyak perancangan yang saya aturkan dalam hidup saya. pelajaran. kerjaya. perkahwinan. harta. anak - anak. semuanya saya fikirkan. mungkin kawan kawan menganggap umur sebegini adalah masa untuk menikmati usia remaja tanpa memikirkan semua ini. ada betulnya. tetapi itu bukan saya. seperti yang saya katakan tadi terlalu banyak perancangan dalam hidup saya.
1. saya ingin memegang segulung diploma, ijazah dan seterusnya master.
2. saya ingin mempunyai kerjaya yang bagus sebagai seorang journalist, atau mungkin correspondent.
3. saya mesti mempunyai pernigaan. kerana bagi saya makan gaji itu tidak cukup.
4. perkahwinan. target saya akan berkahwin pada usia 27 atau 28. selepas sy memiliki kerjaya di atas dan aset seperti kereta dan rumah.
5. anak anak itu rezeki. tetapi cukuplah 2 kerana kos hidup semakin tinggi.
6. saya inginkan lelaki yang punyai visi dan misi dalam hidupnya, punyai pelajaran yang bagus, latar belakang keluarga yang baik, agama yang teguh.
tuhan itu penyayang. selama ini aku bersykur sangat. Allah telah permudahkan segalanya. keinginan untuk masuk ke sekolah agama. cita cita saya untuk belajar dalam bidang mass communication.
buat saidatun nawwar:
akak banyak ubah hidup saya, since akak hadir dlm hidup saya masa form 4 segalanya berubah. akak buat saya minat math. akak buat saya berfikir positif. allah tak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak mampu untuk menghadapinya. akak betul :) setiap kejadian pasti ada hikmahnya. saya berpegang kepada dua ni kak. akaklah yang sanggup bg notes semangat everyday. akaklah yang usap rambut saya masa saya tidur. akaklah seglanya. akak tak pernah takut nak tegur saya. thanks akak :) i really appreciate it. ♥
buat awak:
saya selalu berdoa allah tetapkan hati saya untuk awak.
No comments:
Post a Comment